Sesebuah syarikat pasti akan memberikan dividen sebagi cara untuk berkongsi keuntungan yang diperolehi melalui operasi syarikat kepada para pemegang saham mereka

Sesebuah syarikat pasti akan memberikan dividen sebagi cara untuk berkongsi keuntungan yang diperolehi melalui operasi syarikat kepada para pemegang saham mereka. Dividen yang diberikan oleh syarikat terbahagi kepada tiga iatu dividen setahun sekali, dua kali setahun dan empat kali setahun. Pemberian dividen ini di berikan kepada pemegang saham syarikat tersebut mengikut polisi syarikat itu.

Terdapat dua jenis dividen, yang pertama dalam bentuk tunai dan yang kedua dalam bentuk unit saham(bonus issue). Sekiranya dividen diberikan kepada pemegang saham dalam bentuk tunai dividen tersebut akan terus dimasukkan kedalam akaun simpanan atau akaun semasa pemegang saham yang didaftarkan semasa membuka akaun CDS. Sekiranya pemeganag saham diberi dividen dalam bentuk unit saham, saham tambahan tersebut akan terus dimasukkan kedalam akaun CDS pemegang saham.

Sebagai contoh pemberian dividen tunai, pemegang saham mesti memiliki unit saham sebelum tarikh Ex-date untuk layak menerima dividen tunai yang akan diberikan kepada pemegang saham untuk setiap unit saham yang dimiliki oleh pemegang saham.

Dividen diberikan berdasarkan prestasi sesebuah syarikat dan bukannya berdasarkan turun naik harga unit saham dipasaran bursa saham. Justeru, sekiranya harga unit saham jatuh pemegang saham masih boleh mendapatkan dividen daripada syarikat yang menjual uit saham mereka
Untuk mendapatkan untung, prinsip asasnya adalah beli dengan harga murah, jual dengan harga mahal. Dalam bahasa mudah sekiranya unit saham dibeli pada harga murah apabila harga unit saham itu naik, pemegang saham boleh menjual unit saham tersebut dengan harga lebih mahal berbanding harga beli. Dari situ pemegang saham boleh mendapatkan keuntungan daripada menjual unit saham tersebut.

Sebagai contoh, pemegang saham membeli 3500 unit saham pada harga RM5.00 untuk seunit saham pada tahun sebelumnya dan kemudian setelah pemegang saham tersebut melabur selama setahun, harga saham yang dibeli pada tahun sebelumnya telah meningkat naik pada RM8.00 untuk seunit saham. Pemegang saham boleh membuat keputusan untuk menjual unit saham tersebut ketika harga saham yang dimilikinya meningkat naik untuk memperoleh keuntungan.

Pemegang saham juga boleh membuat keputusan untuk menjual separuh daripada unit saham yang dimilikinya dan menyimpan lebihan saham yang dimiliki untuk pelaburan masa hadapan. Dengan cara ini pemegang saham boleh mendapat keuntungan yang lebih melalui penjualan saham tersebut.

Selain itu, keuntungan yang diperolehi daripada penjualan unit saham tidak dikenakan cukai pendapatan. Namun begitu, bagi pemegang saham yang beragama islam mereka digalakkan menunaikan zakat saham dan berinfaq di atas keuntungan yang diperolehi mereka

Pemegang saham boleh melabur unit saham mereka untuk jangka masa yang panjang bagi memperoleh dividen yang akan diberikan melalui unit saham yang dimiliki mereka daripada syarikat yang menjual saham tersebut. Pemegang saham juga boleh mendapat keuntungan sekiranya dalam tempoh pelaburan yang lama, harga unit saham tersebut meningkat naik berlipat kali ganda berbanding harga beli unit saham tersebut.

Pemegang saham juga boleh mendapat keuntungan yang lebih sekiranya pemegang saham menambah unit saham yang dimiliki bagi pelaburan jangka masa panjang. Secara tidak sedar, harga unit saham tersebut meningkat naik berbanding jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemegang saham.

Sebagai contoh, pemegang saham sudah memiliki beberapa unit saham dan pemegang saham menambah lagi unit saham untuk memperoleh keuntungan yang lebih berbanding modal yang dikeluarkan. Tidak dinafikan juga pemegang saham haruslah bijak mengatur strategi bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian melalui pelaburan saham yang mereka lakukan.

Selain itu, pemegang saham boleh mendapatkan lebih keuntungan sekiranya pemegang saham menyimpan unit saham untuk jangka masa yang panjang. Secara umumnya, harga unit saham pasti ada naik dan turunnya. Namun begitu, sekiranya unit saham disimpan untuk jangka masa yang lama, harga unit saham tersebut pasti meningkat naik daripada harga asal yang dibeli oleh pemegang dan jumlah dividen yang dikumpulkan melalui pelaburan saham juga akan bertambah
Syarikat awam di Bursa Malaysia yang berstatus PN17 atau GN3 merupakan syarikat yang bermasalah dan petunjuk yang paling penting adalah syarikat tersebut sedang mengalami kerugian yang teruk

Syarikat yang tersenarai dalam kategori bermasalah ini biasanya harga saham mereka akan merudum maka berhati-hati . sekiranya anda masih memegang saham syarikat tersebut dan tidak sempat menjual, maka duit anda akan hilang begitu sahaja.

Antara contoh syarikat terdekat ialah TH Heavy Engineering Bhd , syarikat dimana Tabung Haji adalah pemilik majoritinya.Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih syarikat bagi mengelakkan mengalami kerugian yang teruk.

Kesimpulannya ,seorang pelabur yang rasional haruslah bijak dalam mencari syarikat yang mempunyai asas perniagaan yang baik agar tidak rugi di masa hadapan. Malangnya ramai yang lebih cenderung mendengar khabar angina dan membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang kurang baik dan bersikap spekulatif.